Current Students PDF Print E-mail

 

Amanat Presiden
Persatuan Mahasiswa Sains Komputer, PERSAKA
Universiti Teknologi Malaysia.
Saudara Mohamad Ariff Bin Makhfudz

 

Assalamualaikum w.b.t dan salam 1 Malaysia

 

Saya berasa sangat bangga menjadi pelajar Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat ini, dimana merupakan sebuah fakulti yang mempunyai nilai-nilai yang tersendiri antaranya nilai integrasi nasional dan solidariti yang sangat mengagumkan  dalam kalangan pelbagai kaum, budaya dan agama. Bukan itu sahaja, malah  hubungan pelajar Malaysia dengan pelajar antarabangsa juga boleh dilihat keakrabannya. Justeru itu, pembelajaran menjadi lebih seronok selari dengan hasrat Perdana Menteri, Yang Berbahagia Datuk Seri Najib Bin Abdul Razak  untuk mencapai konsep 1 Malaysia yang menjadi satu agenda utama Negara kita. Hal ini membuktikan bahawa selain daripada kemahiran mencerap ilmu, kemahiran berkomunikasi dalam  kehidupan  juga seimbang dalam diri para pelajar fakulti. Kemahiran ini amat penting  kerana keupayaan dan kebijaksanaan kita menerima pelbagai kaum, budaya dan agama dalam negara kita adalah satu kemahiran dan persefahaman yang mesti dimiliki oleh setiap pelajar fakulti ini, sesuai dengan  kehidupan masyarakat majmuk dalam  negara kita.
 
Dengan itu, “campus life” di sini juga menjadi sesuatu terbaik dan mampu memberikan cabaran kepada para pelajar  untuk menyediakan diri ke dalam dunia realiti pada era kini. Ilmu yang menggunung sekalipun jika hanya menjadi  “perpustatakaan” di dalam diri tidak akan bernilai sekiranya tidak diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, cabaran yang terpaksa dilalui oleh semua pelajar FSKSM amat berguna sekali dalam melahirkan graduan yang kreatif dan inovatif seiring dengan cogan kata universiti “Menjana Minda Kreatif dan Inovatif”. Kita boleh mencari pelbagai alternatif untuk menganjakkan diri ke tahap yang lebih tinggi sesuai dengan persaingan  dalam pasaran dunia pekerjaan  sekarang ini. Para pendidik dari fakulti yang berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam menyampaikan ilmu juga telah membentuk para mahasiswa yang berfikiran positif dan dapat menyahut segala cabaran untuk meniti tangga kejayaan. Penekanan  prinsip dan nilai, budaya yang cemerlang dalam pembelajaran, akan melahirkan modal insan yang cukup berharga kepada pembangunan masa depan negara.