|
Written by Administrator
|
|
Friday, 12 November 2010 21:50 |
|

BIOINFORMATICS = BIOLOGY + INFORMATION SCIENCE (COMPUTER SCIENCE) + MATHEMATICS
Bioinformatik adalah satu bidang sains dan teknologi yang terkehadapan dan terkini serta mempunyai masa depan yang sangat cerah di mana ia melibatkan disiplin sains komputer, matematik dan biologi. Jesteru itu, kursus Sarjana Muda Sains Komputer (Bioinformatik) telah diperkenalkan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kursus ini direkabentuk berdasarkan input daripada ahli akademik, pihak kerajaan dan swasta (syarikat korporat & industri) untuk menghasilkan tenaga kerja professional (sumber manusia) yang pakar dan mahir dalam bidang Bioinformatik, iaitu:
- berkebolehan menggunakan teknologi dan perisian komputer untuk diaplikasikan dalam bidang biologi (bioteknologi, perubatan dan pertanian) seperti mengurus dan menganalisa data biologi, memproses data biologi, memodelkan dan mengsimulasikan proses biologi, menyelesaikan masalah biologi, melakukan penyelidikan dan lain-lain.
- berkeupayaan merekabentuk, membangunkan, serta menguji teknologi dan perisian komputer untuk digunakan dalam bidang biologi (bioteknologi, perubatan dan pertanian) seperti mengurus dan menganalisa data biologi, memproses data biologi, memodelkan dan mengsimulasikan proses biologi, menyelesaikan masalah biologi, melakukan penyelidikan dan lain-lain.
- berkebolehan menggunakan serta membangunkan teknologi dan perisian komputer untuk diaplikasikan dalam pelbagai bidang lain (kejuruteraan, kimia, perakaunan, pengurusan dan lain-lain) yang diperlukan oleh sektor-sektor kerajaan dan swasta.
Seterusnya >>
|
|
Last Updated on Sunday, 06 March 2011 22:50 |